KKM rangka strategi

KUALA LUMPUR, 5 MEI – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan tempoh pengurangan kes sejak seminggu dua ini untuk menyusun semula strategi baharu dari segi gerak tenaga kerja dan operasi dalam menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes selepas ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tempoh ini juga akan digunakan sebaiknya untuk memberi rehat kepada petugas barisan hadapan KKM yang selama ini telah bekerja keras sejak lima bulan yang lepas. – Bernama