Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    KKM teliti beri vaksin batuk kokol

    KUALA LUMPUR, 3 MEI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti keperluan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi Tetanus-Difteria-Pertussis (Tdap) kepada ibu hamil sebagai usaha untuk mencegah pertussis atau batuk kokol.

    Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata pemberian vaksin tersebut bertujuan melindungi bayi bermula dari kandungan sehingga anak damit dapat melengkapkan dos primer vaksin kombinasi enam serangkai seperti yang tertakluk dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan.

    “Kebanyakan kes pertussis dalam negara adalah dalam kalangan bayi berumur kurang daripada lima bulan yang belum mencapai tahap imuniti optimum kerana masih belum lengkap tiga dos primer vaksin pertussis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurut Dr Zaliha, sebanyak 132 kes pertussis atau batuk kokol direkodkan dalam negara Malaysia setakat 28 April lalu dengan dua kematian, menurun 73.3 peratus berbanding 495 kes jangkitan pada 28 April 2019.

    Beliau berkata, anak damit berumur bawah 12 bulan mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 67 kes (50.8 peratus) manakala 47 kes (35.6 peratus) melibatkan kanak-kanak berumur di antara 1 tahun hingga 10 dan selebihnya berumur 11 tahun ke atas.

    Dr Zaliha berkata, imunisasi merupakan langkah pencegahan pertussis yang berkesan dan di Malayais, vaksin pertussis diberikan kepada kanak-kanak secara rutin pada umur dua, tiga, lima dan 18 bulan.

    “Wabak pertussis dalam komuniti boleh dicegah dengan memastikan liputan imunisasi pertussis sentiasa melebihi 95 peratus pada setiap masa,” katanya.

    Dr Zaliha berkata daripada 132 kes tahun ini, sebanyak 89 kes iaitu 67.4 peratus melibatkan warganegara manakala 43 kes atau 32.6 peratus lagi bukan warganegara. – Bernama

    Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...