Wednesday, November 13, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    KKM waspada kemungkinan timbul penyakit X

    PUTRAJAYA, 2 OKT – Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berwaspada dan mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi kemungkinan kemunculan penyakit X di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu
    Hassan.

    Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Siri Panduan Diet Malaysia dan Inisiatif ‘Healthy Eathing Responsibility For Women’ (HER) di sini hari ini, beliau berkata orang ramai tidak perlu berasa terlalu bimbang terhadap penyakit itu.

    “Walaupun penyakit X tidak menjadi fokus dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-76 baru-baru ini, Malaysia tetap berwaspada terhadap kemungkinan kemunculan penyakit X.

    “Kami juga berkeyakinan boleh menanganinya dengan berkesan berdasarkan pengalaman dengan wabak sebelum ini seperti COVID-19, virus Nipah, SARS, dan MERS-CoV,” katanya.

    Selain itu, menurutnya sistem kesihatan Malaysia juga sentiasa diperkukuh untuk menghadapi penyakit tersebut, manakala maklumat mengenai wabak penyakit akan sentiasa disampaikan secara terbuka. – Bernama

    Dr Muhammad Radzi semasa menyampaikan ucapannya di Dewan Serbaguna Kementerian Kesihatan, Putrajaya pada 6 September. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda