Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

KL City FC kini milik Rinani

KUALA LUMPUR, 2 MAC – Firma perunding kewangan, Rinani Group Berhad (Rinani) kini sah menjadi pemilik kelab Kuala Lumpur City FC (KL City FC) selepas memperoleh pegangan saham majoriti dalam Kuala Lumpur City Sdn Bhd.

Urusan perjanjian penjualan saham dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dimeterai secara rasmi antara Presiden (KLFA), Khalid Abdul Samad dan Pengarah Rinani, Azi Azerai semasa perlawanan Liga Super 2023 anatara KLCity FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.

Azri, dalam kenyataan hari ini, berkata sebagai pemilik saham majoriti kelab itu, pihaknya akan berusaha memacu prestasi KL City dengan menumpukan kepada aspek kejurulatihan, pengambilan pemain dan pembangunan remaja.

“Selain aspek permainan, kami juga akan memberi tumpuan untuk meningkatkan aliran pendapatan KL City agar ia mampan dan terus mengekalkan kelab itu,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid, menerusi kenyataan sama, berkata perjanjian semalam itu merupakan hari bersejarah apabila pemilikan majoriti KL City telah beralih kepada Rinani.

“Penswastaan kelab adalah demi kepentingan semua pihak yang terlibat dalam sukan bola sepak profesional, termasuk pemain, penyokong, penaja dan vendor yang berkait rapat dengan kelab selama ini,” katanya. – Bernama

Khalid (empat dari kiri) bersama Azerai (tengah) selepas majlis menandatangani perjanjian pemilikan KL City FC, semalam. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -