Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    KL City punya kelebihan peringkat kumpulan

    KUALA LUMPUR, 24 FEB – Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur (KL) City FC dijangka memiliki kelebihan dalam aksi Kumpulan H pada saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022, Jun ini.

    Ini susulan pengumuman oleh AFC yang mengesahkan bahawa Kuala Lumpur menjadi venue berpusat bagi semua perlawanan Kumpulan H yang akan berlangsung dari 24 hingga 30 Jun ini.

    Selain KL City FC, turut tersenarai dalam kumpulan itu ialah Ayewady United dari Myanmar, PSM Makassar (Indonesia) dan Tampines Rovers (Singapura).

    Satu lagi pasukan Malaysia, Kedah Darul Aman FC, akan ke Denpasar, Indonesia bagi perlawanan Kumpulan G yang juga membabitkan pasukan tuan rumah Bali United dan Kaya FC-Iloilo dari Filipina, bersama pemenang ‘play-off’ sama ada pasukan dari Kemboja atau Laos.

    Sementara itu, perlawanan Kumpulan A akan berlangsung di Muscat, Oman, dengan juara tiga kali Kuwait FC akan berdepan AL Ansar dari Lebanon, selain Al Seeb (Oman) dan Jableh (Syria).

    “Kumpulan G yang bakal beraksi di Bandar Kuwait, membabitkan Al Riffa dari Bahrain, Shabab Al Khalil dari Palestin, Dhofar Club of Oman dan pasukan Kuwait Arabi SC, manakala Manama, Bahrain, akan menjadi tuan rumah kepada perlawanan Kumpulan C, yang terdiri daripada pasukan Tishreen dari Syria, Nejmeh (Lebanon), Riffa Timur ( Bahrain) dan Hilal Al Quds (Palestin),” menurut AFC.

    AFC juga mengumumkan perlawanan Kumpulan D akan diadakan di Kolkata, India melibatkan pasukan tuan rumah Gokulam Kerala, Bashundhara Kings (Bangladesh), di samping Maziya Sports and Recreation (Maldives).

    Kenyataan itu turut memaklumkan Dushanbe, Tajikistan, akan menjadi gelanggang bagi aksi Kumpulan E membabitkan pasukan Altyn Asyr (Turkmenistan), PFC Neftchi (Republik Kyrgyz), selain penampilan sulung pasukan tuan rumah FC CSKA, dan sama ada FC Nasaf atau PFC Sogdiana dari Uzbekistan.

    Dalam pada itu, saingan Kumpulan F akan berlangsung di Bishkek, Republik Kyrgyz, yang menampilkan pasukan tuan rumah FC Dordoi, serta FC Khujand (Tajikistan) dan Kopetdag (Turkmenistan).

    Sementara itu, Tainan, Taiwan akan menyediakan pentas untuk pencabar dalam Kumpulan J, termasuk Eastern Long Lions (Hong Kong), MUST CPK (Macau), serta pasukan tuan rumah Tainan City dan sama ada Lee Man (Hong Kong) atau Athletic 220 (Mongolia). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...