Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

KL Gangster 3 The Finale tetap diteruskan

Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof, 37, mengaku dia tidak patah semangat dan akan tetap merealisasikan pembikinan filem KL Gangster 3 The Finale seperti yang dirancangnya.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof bagaimanapun berkata dia hanya akan memulakan penggambaran apabila keadaan pandemik COVID-19 semakin pulih.

“Penggiat filem dilanda banyak halangan kerana masalah COVID-19. Termasuklah saya sebagai pengarah dan penerbit. Ini semua takkan lemahkan semangat saya untuk hasilkan filem KL Gangster 3 The Finale.

“Kepada peminat, kita ‘chill’ dulu sampai keadaan negara betul-betul pulih. Insya-Allah masanya akan sampai. Jika Allah izin, kita akan mulakan penggambaran,” katanya.

Syamsul juga mengakui dia sedih dengan situasi melanda industri wayang tempatan.

Syamsul Yusof, berkata dia tetap merealisasikan pembikinan filem KL Gangster 3 The Finale. – Agensi

Apapun, dia akur itulah impak yang menimpa disebabkan pandemik ini.

“Isunya panggung wayang semakin berkurang seluruh negara, apatah lagi jumlah penonton yang dibenarkan masuk terhad. Ada banyak panggung wayang yang ditutup.

“Tak apa, saya reda kerana banyak lagi sektor lain juga terjejas,” katanya.

Filem terbabit bakal menjadi sekuel kepada KL Gangster yang diterbitkan pada 2011 dan KL Gangster 2 (2013). 

Menampilkan pelakon hebat termasuk Datuk Rosyam Nor, Datuk Aaron Aziz, Soffi Jikan, Zizan Razak, dan ramai lagi, karya aksi sentuhan Syamsul itu berjaya mendapat kutipan pecah panggung. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -