Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    KL2017: Laos benam Brunei

    PETALING JAYA, 21 Ogos – Laos akhirnya berjaya mencatat kemenangan sulung dalam saingan bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas menewaskan Brunei Darussalam 3-0 pada aksi ketiga Kumpulan A, hari ini.

    Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Arena Universiti Malaya (UM) di sini, tiga gol skuad kendalian Monheng Mikewong itu disumbangkan pemain tengah Kongmathilath Phithack untuk memastikan Laos mengutip tiga mata pertama selepas mengharungi tiga perlawanan.

    Kongmagthilath meletakkan Laos di hadapan pada minit ke-64 selepas tenang menolak masuk bola ke dalam gawang sebelum melepaskan rembatan deras lapan minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 2-0.

    Dia juga melengkapkan jaringan hatriknya selepas menyempurnakan sepakan percuma pada minit ke-86 untuk mengesahkan kemenangan Laos.

    Sementara itu, Monheng berkata perubahan taktikal yang dibuat pada separuh masa menjadi kunci kemenangan hari ini. – Bernama

    Pemain Brunei, Mohammad Shafie Mohd Efendy (tengah) diasak pemain Laos dalam perlawanan bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Arena Universiti Malaya. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda