Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Klinik gigi Muara, Gadong mula operasi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Berikutan dengan pengumuman Fasa Awal Endemik di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Gigi mengumumkan bahawa Klinik Pergigian di Pusat Kesihatan Muara dan di Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah (PAPHMHB), Gadong akan mula dibukakan kembali pada 12 Januari.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, menyatakan lagi bahawa saringan akan dilakukan sebelum mana-mana rawatan pergigian, di mana rawatan pergigian yang diklasifikasikan sebagai bukan aerosol generating akan diutamakan bagi sesi pada sebelah pagi di klinik pesakit luar pergigian.

    Manakala itu, bagi prosedur yang diklasifikasikan sebagai aerosol generating akan dilakukan pada sesi perjanjian sebelah petang.

    Ujian ART akan dibuat ke atas kesemua pesakit sebelum menjalani mana-mana rawatan pergigian, selaras dengan langkah-langkah kawalan jangkitan COVID-19 yang berjalan pada masa ini.

    Sementara itu, perkhidmatan konsultasi bagi pesakit-pesakit pergigian melalui talian telefon dan pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp yang telah beroperasi sejak 16 Ogos 2021 masih beroperasi iaitu bagi konsultasi telefon di talian 8117981 dan 8117936 dan konsultasi WhatsApp di talian 8117635 dengan waktu operasi pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 11:30 petang dan 1:45 petang hingga 3:30 petang.

    Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan sebagai kaedah alternatif untuk mendapatkan nasihat pergigian bagi menggelakkan kunjungan yang tidak diperlukan sebagai langkah untuk mengurangkan interaksi antara orang ramai dengan kakitangan jabatan berkenaan untuk membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau menghubungi Talian Darussalam 123.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...