Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Klinik gigi PAPHMHB ditutup sementara

    Oleh Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Klinik Pergigian di Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakillah Hayatul Bolkiah (PAPHMHB), Gadong akan ditutup sementara bermula 12 Februari sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian. 

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini menjelaskan, penutupan berikutan situasi penularan jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di mana Jabatan Perkhidmatan Pergigian memaklumkan ia akan ditutup sementara dan dipindahkan perkhidmatannya ke Pusat Pergigian Negara Berakas.

    Ia bertujuan membolehkan kakitangan kesihatan membantu dalam pelaksanaan ujian swab di pusat-pusat swab dan hanya rawatan-rawatan pergigian kecemasan tertentu sahaja akan diberikan, tertakluk kepada pemeriksaan saringan di kaunter-kaunter yang disediakan di klinik-klinik pergigian yang beroperasi pada masa ini.

    Ujian antigen pantas (ART) juga akan dibuat ke atas semua pesakit mengunjungi mana-mana klinik pergigian, selaras langkah kawalan jangkitan COVID-19.

    Sementara itu, perkhidmatan konsultasi bagi pesakit-pesakit pergigian melalui talian telefon dan pesanan ringkas WhatsApp masih beroperasi iaitu Konsultasi Telefon di nombor 8117981 dan 8117936 serta Konsultasi WhatsApp di talian 8117635 yang beroperasi Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3.30 petang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...