Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klinik Nasihat Undang Undang 28 September

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Persatuan Undang-Undang Brunei Darussalam akan mengadakan Klinik Nasihat Undang-Undang bagi Hal Ehwal Sivil dan Jenayah ke-21, esok (28 September) di Tingkat Bawah, Bangunan Undang-Undang dan Mah-kamah-Mahkamah, Batu Satu, Jalan Tutong

    Klinik yang sama juga akan diadakan di Daerah Belait di Bangunan Mahkamah-Mahkamah Majistret, Kuala Belait pada tarikh dan jam sama, dari jam 11 pagi hingga 1 petang Nasihat undang-undang akan diberikan kepada orang awam berdasarkan yang dahulu, didahulukan.

    Antara kelayakan untuk mendapatkan nasihat adalah belum melantik mana-mana peguam bagi pihak mereka, mengemukakan kad pengenalan terkini yang dikeluarkan di negara ini, mengemukakan bukti alamat tempat tinggal terkini dan mengemukakan bukti pendapatan atau elaun kurang daripada $1,500 sebulan.

    Klinik akan dikendalikan oleh ahli-ahli persatuan berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda