Klinik Nasihat Undang-undang percuma sivil dan jenayah hari ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Persatuan Undang-undang Brunei Darussalam akan menjalankan Klinik Nasihat Undang-undang percuma berkaitan perkara sivil dan jenayah di Tingkat Bawah, Bangunan Undang-undang dan Mahkamah-mahkamah Rendah, Batu Satu, Jalan Tutong, esok.

Nasihat undang-undang akan diberikan kepada orang awam berdasarkan siapa dulu, didahulukan.

Antara syarat kelayakan untuk mendapatkan nasihat termasuk belum melantik mana-mana peguam bagi pihak mereka; mengemukakan kad pengenalan terkini yang dikeluarkan di negara ini; mengemukakan bukti alamat tempat tinggal terkini dan mengemukakan bukti pendapatan atau elaun kurang daripada $1,500 sebulan. Klinik akan dikendalikan oleh ahli-ahli Persatuan undang-undang.