Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Klinik PMKS labuh tirai

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Sebagai salah satu acara kemuncak penyertaan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dalam menyokong Minggu Tenaga bersempena dengan Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022, MSME Clinic atau Klinik Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini.

    Klinik tersebut bermatlamat mewujudkan peluang terbaik bagi perusahaan mikro tempatan dan syarikat baharu mengetahui lebih lanjut mengenai platform BIBD SME360 secara menyeluruh; memperkenalkan penyelesaian perbankan komprehensif yang melengkapkan keperluan perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang merangkumi pasukan pengurusan perhubungan yang berdedikasi, penyelesaian kewangan dan pembayaran digital.

    Turut diketengahkan pada acara berkenaan ialah Mastercard Payment Gateway System (MPGS), BIBD QuickPay dan BIBD Biznet.

    BIBD SME360 yang telah dirasmikan pada penghujung tahun lepas, merupakan platform bagi membantu PMKS kembali pulih setelah terkesan akibat pandemik COVID. Dengan kata lain, ia dilaksanakan bagi memainkan peranan dalam pemulihan mampan dalam kalangan para peniaga atau pengusaha tempatan selaras dengan peranan bank sebagai rakan kongsi dalam kemajuan.

    Manakala BIBD QuickPay, dikuasakan oleh BIBD NEXGEN, ialah pembayaran mudah alih peer-to-peer yang membolehkan pelanggan membuat transaksi pantas hanya dengan mengimbas kod QR menggunakan aplikasi BIBD Mobile pada telefon pintar mereka.

    Dalam pada itu, penggunaan sistem berkenaan juga membolehkan peniaga mengurangkan beban kerja yang berkaitan dengan penerimaan dan pengumpulan wang tunai, mengurangkan risiko penyimpanan tunai di daftar tunai, mengurangkan penyimpanan syiling dan wang kertas kecil di setiap kedai dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan penyimpanan dan penghantaran wang tunai ke bank.

    Sementara itu, BIBD Biznet pula menyediakan pengguna dengan akses akaun yang lebih intuitif dari hari ke hari dan sokongan operasi pembayaran dengan pengalaman digital yang unik, semuanya dalam akses akaun selamat dan sepanjang masa. Klinik yang dikendalikan oleh Kumpulan Perbankan Korporat BIBD, yang selama ini telah terus meningkatkan produk dan perkhidmatannya, menyokong inisiatif kerajaan dan perkongsian pengetahuan serta kepakaran kepada pelanggan korporat dan PMKS.

    Dalam pada itu, penambahbaikan produk dan perkhidmatan korporat telah dilaksanakan untuk memberikan impak positif kepada pasaran sehingga menjadikan BIBD sebagai salah satu bank yang paling digemari untuk kebanyakan GLC dan organisasi korporat.

    Sebagai Rakan Kongsi Dalam Kemajuan untuk Brunei, BIBD sentiasa komited terhadap pembangunan PMKS tempatan dan telah melengkapkan usaha negara dengan meningkatkan inisiatif dan program berkaitan PKS dengan memperkasakan mereka dengan penyelesaian perniagaan digital yang mantap dan komprehensif.

    Kakitangan BIBD memberikan penjelasan kepada salah seorang pengunjung semasa Klinik PMKS yang diadakan sempena Minggu Tenaga baru-baru ini. – Gambar serahan BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...