Saturday, November 2, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klinik tingkat kemahiran boling atlet wanita

    BELAIT, 6 OKT – Seramai 20 pemain boling wanita menyertai Klinik Boling anjuran GoStrike yang diadakan baru-baru ini di Pusat Boling GoStrike, Seria.

    Klinik tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dirancang di bawah Kempen Bulan Boling GoStrike sepanjang bulan Oktober sempena ulang tahun pertama GoStrike.

    Peserta klinik berpeluang mempelajari kemahiran serta pengetahuan boling daripada Putty Insavilla Armein, atlet profesional dari Indonesia yang pernah meraih pelbagai pencapaian, termasuk pingat emas dalam Kejohanan Boling Sepuluh Pin ASIA 2006, emas di acara Sukan Dalam Bangunan dan Seni Mempertahankan Diri ASIA 2017, serta gangsa di Sukan SEA 2022 di Vietnam.

    Di bawah bimbingan Putty, para peserta diberi peluang mempelajari teori boling, kemahiran asas serta tip-tip berguna. Pada sesi kedua, peserta menjalani latihan di lorong boling untuk mendapatkan bimbingan secara praktikal.

    Klinik tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pemain boling di dalam dan luar lorong, di samping membantu mereka mencapai matlamat pembangunan sukan boling dan melahirkan atlet wanita boling yang berkaliber di Brunei Darussalam.

    Para peserta yang menyertai klinik tersebut merakamkan kenangan bersama Putty Insavilla Armein. – GAMBAR SERAHAN GOSTRIKE
    GAMBAR SERAHAN GOSTRIKE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda