KLIP bakal jana ekonomi maritim

KUALA LUMPUR, 12 NOV – Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) di Melaka bakal menjadi hab persinggahan kapal bertaraf dunia selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan industri maritim dan perkhidmatan pengisian minyak di negara ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata hasrat itu dapat direalisasikan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) jangka panjang antara T.A.G Marine Sdn Bhd, pengendali pelabuhan tersebut dan syarikat perkapalan terbesar dari Belgium, Euronav NV.

Menurutnya, perjanjian itu akan memberi impak kepada industri maritim Malaysia yang dapat merangsang ekonomi serta membangunkan hab maritim dan industri berkaitan. – Bernama