Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    KLM gantung penerbangan ke Ukraine

    THE HAGUE, 13 FEB – Syarikat penerbangan Belanda KLM berkata semalam ia akan menggantung penerbangan ke Ukraine sehingga notis lanjut ketika kebimbangan meningkat bahawa Rusia sedang bersiap sedia menyerang negara jirannya.

    “Penerbangan seterusnya ke ibu negara Kyiv dijadualkan pada malam ini, tetapi tidak akan beroperasi,” kata syarikat penerbangan utama Belanda dalam satu kenyataan. Keputusan menyusuli ‘perubahan kepada nasihat perjalanan dan analisis keselamatan menyeluruh,’ tambahnya.

    “Tidak adanya penerbangan di ruang udara Ukraine sehingga pemberitahuan lanjut,” kata kenyataan.

    Belanda menyertai beberapa negara Kesatuan Eropah termasuk Belgium, Jerman dan Itali dalam menggesa rakyatnya supaya meninggalkan Ukraine dan menasihatkan warga supaya jangan berkunjung ke negara itu.

    Amaran mereka keluar ketika krisis yang dicetuskan penempatan puluhan ribu tentera Rusia di sempadan Ukraine memasuki fasa baharu, sekali gus menambah kebimbangan satu serangan mungkin berlaku tidak lama lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...