KLM kurangkan 5,000 pekerja

THE HAGUE, 31 JULAI – Syarikat penerbangan Belanda KLM berkata hari ini ia akan mengurangkan 5,000 pekerja disebabkan ‘krisis amat serius’ berpunca daripada pandemik koronavirus.

Syarikat penerbangan itu, sebahagian daripada kumpulan Air France KLM, berkata pembuangan sehingga akhir 2021 adalah perlu kerana ia mencatat kerugian besar meskipun jaminan keluar berjumlah 3.4 bilion euro dari kerajaan Belanda.

Pengurangan akan membabitkan kira-kira 1,500 pembuangan wajib daripada 33,000 tenaga kerja KLM sekarang, kata syarikat penerbangan itu.

Terdapat juga 2,000 pekerja lebihan sukarela yang diumumkan pada awal tahun ini, sementara pengurangan selanjutnya akan dilakukan menerusi 1,500 kontrak sementara yang tidak akan diperbaharui.

“KLM mengalami krisis yang amat teruk…Jangkaan pemulihan akan mengambil masa yang lama dan dibelenggu ketidakpastian,” kata KLM dalam satu kenyataan.

“Ini bermakna struktur dan saiz KLM mesti diselaraskan lebih lanjut pada tahun-tahun akan datang. Sejumlah 4,500 hingga 5,000 jawatan di seluruh Kumpulan KLM akan dihentikan.”

Pembuangan pekerjaan akan membabitkan 300 kru penerbangan, 300 kru kabin, 500 kakitangan darat dan 400 pekerja di subsidiari KLM dan kumpulan Air France-KLM. – AFP