Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Klon P Ramlee meninggal dunia

    Penyanyi Fairuz Misran, dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1:30 petang baru-baru ini di Labuan.

    Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun di Hospital Licious Labuan.

    Berita pemergian penyanyi lagu Untukmu itu disahkan oleh sahabatnya dikenali sebagai Munirah ketika dihubungi mStar baru-baru ini.

    “Benar, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Licious Labuan kira-kira pukul 1:30 petang.

    “Bagaimanapun saya tiada maklumat lebih lanjut mengenai pemergiannya,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Munirah bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian Allahyarham.

    Untuk rekod, Fairuz dikenali dengan gelaran klon P Ramlee susulan mempunyai rupa paras dan vokal mirip dengan seniman berkenaan.

    Allahyarham juga pernah menjuarai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat kebangsaan pada 2012.

    Fairuz dilahirkan di Sandakan, Sabah namun dibesarkan di Papar sebelum menetap di Labuan. – Agensi

    Punca kematian masih tidak didedahkan. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...