Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Klon P. Ramlee meninggal dunia

    Penyanyi dari Malaysia, Fairuz Misran dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 1:30 petang hari ini di Labuan.

    Memetik dari mStar, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 38 tahun di Hospital Licious Labuan.

    Berita pemergian penyanyi lagu Untukmu itu disahkan oleh sahabatnya dikenali sebagai Munirah ketika dihubungi mStar pada hari ini.

    “Benar, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Nukleus Labuan kira-kira pukul 1:30 petang tadi.

    “Bagaimanapun saya tiada maklumat lebih lanjut mengenai pemergiaannya,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Munirah bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian Allahyarham.

    Untuk rekod, Fairuz dikenali dengan gelaran klon P. Ramlee susulan mempunyai rupa paras dan vokal mirip dengan seniman berkenaan.

    Allahyarham juga pernah menjuarai pertandingan bintang P. Ramlee peringkat kebangsaan pada 2012.

    Fairuz dilahirkan di Sandakan, Sabah namun dibesarkan di Papar sebelum menetap di Labuan. – Agensi

    Punca kematian Fairuz Misran masih tidak didedahkan. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...