Klopp bakal tinggalkan Liverpool?

LONDON, 17 OGOS – Jurgen Klopp berkata dia mungkin akan meninggalkan bola sepak sebaik sahaja kontraknya dengan juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool tamat pada 2024.

Pengurus Jerman berusia 53 tahun itu mahu berehat selama setahun selepas dia meninggalkan Borussia Dortmund pada 2015 tetapi Liverpool membuat tawaran pada bulan Oktober meminta untuk menggantikan Brendan Rodgers.

Sejak itu dia mengemudi Liverpool menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2019 dan menamatkan penantian selama 30 tahun untuk merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris.

Walau bagaimanapun, dia memberitahu laman web Jerman, Sportbuzzer bahawa dia ingin berhenti pada 2024 untuk memberikan masa kepadanya untuk memikirkan apa yang hendak dilakukannya selepas itu.

“Saya akan berehat selama setahun dan bertanya kepada diri saya sendiri sama ada saya rindukan bola sepak,” Klopp berkata.

Klopp menegaskan bahawa dia mungkin akan meninggalkan kelab setelah kontraknya tamat pada 2024.-AP

“Jika jawapannya adalah sesuatu yang negatif, maka ia akan menjadi penghujung buat Jurgen Klopp sebagai seorang jurulatih.”

Klopp – yang memecahkan dominasi Bayern Munich untuk menjuarai liga Jerman bersama Dortmund dua tahun berturut-turut (2010/2011, 2011/2012) – juga mendedahkan bahawa dia tidak akan rindu dengan tekanan berat mengenai pengurusan bola sepak.

“Jika satu hari saya tidak menjadi jurulatih, ada satu perkara yang tidak akan saya rindukan: tekanan sebelum perlawanan,” katanya.

“Ia bukan perkara yang boleh diketawakan.”

Selepas membawa Liverpool menjuarai kejuaraan liga dalam tempoh 30 tahun, Klopp berkata pasukan juara itu tidak sabar untuk memburu lebih banyak kejuaraan.

Cabaran yang menanti Liverpool ialah untuk mempertahankan kejuaraan yang sangat sukar kerana hanya Manchester City dalam tempoh 11 tahun kali terakhir yang mampu mencapainya (2017/2018, 2018/2019).

“Seluruh kelab bersedia untuk musim baharu dan mahu melakukannya dengan lebih baik lagi,” kata Klopp.

“Kami mahu dikejar oleh lawan kami dan terus menjadi pasukan yang sangat tidak digemari untuk dilawan.- AFP