Klopp beri penghormatan kepada keluarga Hillsborough

LONDON, 16 APRIL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dan ketua pasukan Jordan Henderson telah menyampaikan mesej sokongan kepada 96 ahli keluarga peminat yang terbunuh dalam bencana Hillsborough 31 tahun yang lalu.

Upacara terakhir untuk mangsa dijadualkan berlangsung di Anfield kelmarin, tetapi telah ditunda disebabkan oleh larangan mengenai perhimpunan besar-besaran.

“Hari ini merupakan hari yang paling penting bagi kelab bola sepak setiap tahun,” Klopp berkata dalam mesej video.

“Rancangannya adalah kita semua untuk bersama-sama berada di Anfield tetapi adalah mustahil, satu-satunya perkara yang kita boleh lakukan adalah memastikan mereka sentiasa berada dalam fikiran kita.

“Percayalah anda sentiasa dalam ingatan kami, anda sentiasa berada dalam doa kami dan yang paling utama kami tetap sayangkan anda. Anda tidak akan bersendirian (You’ll never walk alone).”

Jurgen Klopp dan Jordan Henderson telah menyampaikan mesej sokongan kepada 96 ahli keluarga peminat yang terbunuh dalam bencana Hillsborough. – AFP

Upacara peringatan terakhir diatur setelah komander polis di Hillsborough, David Duckenfield, didapati tidak bersalah atas pembunuhan kecuaian pada bulan November.

“Hari ini merupakan hari di mana sebagai sebuah kelab kita sepatutnya bersama-sama ke Anfield untuk memberi penghormatan kepada 96 orang ke padang bola sepak itu dan tidak pernah kembali,” kata Henderson, yang mengetuai dana yayasan yang ditubuhkan oleh pemain Liga Perdana Inggeris untuk membantu kakitangan perkhidmatan kesihatan semasa krisis koronavirus.

“Bagi pihak pemain-pemain di Liverpool saya mahu mereka yang terjejas mengetahui bahawa anda sentiasa dalam fikiran kami hari ini.

Kenny Dalglish, yang merupakan pengurus Liverpool pada hari tragedi, turut memberikan sokongannya.

“Inilah harinya bila, pertama sekali, kami mengingati mereka yang pergi ke perlawanan bola sepak tetapi tidak pernah kembali – mereka tidak akan dilupakan,” kata Dalglish. – AFP