Klopp bersama The Reds hingga 2024

LONDON, 13 DIS – Jurgen Klopp telah bersetuju dengan pemanjangan kontrak bersama Liverpool sehingga 2024, pendahulu Liga Perdana Inggeris mengumumkan hari ini.

Klopp, yang berpindah ke Anfield pada tahun 2015, membimbing Liverpool ke kejayaan Liga Juara-Juara pada Jun lalu dan kini mereka mengumpul kelebihan lapan mata di puncak Liga Perdana Inggeris.

“Bagi saya secara peribadi ini adalah pernyataan bersungguh-sungguh, satu yang dibuat atas pengetahuan saya apa yang telah dicapai sebagai rakan kongsi setakat ini dan apa yang masih ada untuk kita capai,” kata Klopp yang berusia 52 tahun dalam satu kenyataan di laman web rasmi Liverpool.

“Apabila saya melihat perkembangan kelab dan kerjasama yang berterusan, saya rasa sumbangan saya hanya boleh berkembang.

Semasa kempen pertamanya di Anfield, Liverpool mencapai ke peringkat akhir Piala Liga dan Liga Europa tetapi kalah kedua-duanya.

Mereka kalah 3-1 kepada Real Madrid pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2018 tetapi kembali berkumpul dan menjadi juara Eropah untuk kali keenam selepas kemenangan 2-0 ke atas Tottenham di Madrid tahun ini.

Liverpool hanya kalah satu perlawanan di Liga Perdana musim lalu, dengan mengumpul 97 mata, yang terbaik dalam sejarah kelab itu – tetapi terlepas gelaran kepada Manchester City.

Setakat musim ini, Klopp telah memimpin Liverpool melonjak ke puncak Liga Perdana Inggeris, di mana mereka kini meraih kelebihan lapan mata selepas 15 kemenangan dari 16 perlawanan pembukaan.

Mereka tidak memenangi gelaran top-flight Inggeris sejak tahun 1990. – AFC

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp meraikan kemenangan di akhir perlawanan Kumpulan E Liga Juara-Juara di antara Salzburg dan Liverpool. – AP