Klopp buru pentas akhir Liga Juara-Juara

VILA-REAL, SEPANYOL, 4 MEI – Jurgen Klopp mengatakan untuk mara ke pusingan akhir Liga Juara-Juara ketiga dalam tempoh lima tahun dengan Liverpool sama istimewanya seperti yang pertama selepas pasukannya menewaskan kebangkitan bersemangat daripada Villarreal kelmarin untuk mengekalkan harapan mereka.

Ketinggalan 2-0 dari perlawanan pertama separuh akhir mereka, Villarreal mencetuskan harapan untuk kebangkitan yang luar biasa dalam aksi timbal balik di Estadio de la Ceramica selepas penyudah Boulaye Dia pada minit ketiga dan Francis Coquelin menanduk masuk satu lagi gol untuk menyamakan kedudukan agregat 2-2.

Pervis Estupinan membuat hantaran lintang dari kiri dan penyudah Etienne Capoue disambar oleh Dia pada minit ketiga meletakkan Villareal di hadapan dengan kedudukan 1-0.

Liverpool tidak mempunyai penguasaan dan ketepatan seperti biasa, dengan gol kedua Villarreal datang empat minit sebelum separuh masa ketika Pau Torres membuat hantaran jauh ke kawasan kotak penalti Liverpool untuk Capoue.

Capoue mengawal baik hantaran tersebut dan kemudian membuat hantaran silang yang hebat dengan kaki kirinya untuk Coquelin menanduk masuk.

Liverpool cuai dan leka pada separuh masa pertama tetapi beraksi sensasi pada separuh masa kedua. Diaz, yang bermula di bangku simpanan, adalah penting dalam perlawanan tersebut dan mungkin akan menjadi pilihan kesebelasan pemain utama untuk Klopp nanti.

Klopp membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Luis Diaz pada waktu separuh masa untuk membangkitkan semangat Liverpool. Pelawat menjaringkan tiga gol dalam masa 12 minit menerusi Fabinho, Diaz dan Sadio Mane untuk memastikan kemenangan 3-2 pada malam itu dan 5-2 kemenangan secara agregat. – AFP

Aksi pemain pertahanan Villarreal, Alfonso Pedraza (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold semasa perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Liga Juara-Juara UEFA kelmarin. – AFP