Klopp dilema dengan kesebelasan utama

LIVERPOOL, 2 Jan – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp (gambar) mengakui bahawa dia tidak pasti pasukan bagaimana yang akan diturunkannya bagi perlawanan hari ini apabila skuadnya berkunjung ke Sunderland bagi aksi Liga Perdana.

Liverpool menewaskan pesaing kejuaraan Manchester City 1-0 pada Tahun Baru, membawa mereka enam mata di belakang pendahulu liga, Chelsea, tetapi mempunyai kurang daripada 48 jam untuk membuat persediaan bagi perlawanan seterusnya. Kapten Jordan Henderson perlu dibuat pernilaian terlebih dahulu selepas dipapah keluar ketika menentang City dengan masalah tumit, dan dengan masa yang singkat untuk persiapan, Klopp tidak tahu bagaimana untuk menentukan kesebelasan utamanya.

“Saya tidak seperti ini, memikirkan perlawanan seterusnya hanya selepas terlibat dalam perlawanan sebelumnya, jadi kami perlu bermula sekarang,” katanya kepada wartawan di Anfield selepas menang ke atas City.

“Pada kebiasaannya selepas satu perlawanan, anda akan mengeluarkan banyak persoalan kerana jika anda mendapat jawapannya anda boleh merehatkan seorang pemain, atau melakukan itu dan ini. Saya begitu pasti saya tidak akan bertanya banyak persoalan: apa yang anda rasa atau sebagainya.

“Saya akan menunggu beberapa maklumat dari jabatan perubatan. Kami malah tidak sempat mengadakan sesi sebenar. Itu adalah masalah seterusnya bagi penggiliran. Latihan, tetapi itu terlalu singkat.

“Apa yang kami dapat lakukan dalam sesi ini, kami akan lakukannya. Jika ia berkaitan dengan taktikal, kami terpaksa melakukannya.

“Sekarang kami perlu pergi ke Sunderland dan bermain permainan terbaik kami, ia perkara yang serupa dengan Sunderland. Mereka telah beraksi beberapa jam lebih awal berbanding kami pada Sabtu lepas. – AFP