LIVERPOOL, 5 Jan – Kecergasan Mohamed Salah, masa depan Philippe Coutinho dan kedatangan Virgil van Dijk merupakan tiga isu utama yang dihadap Liverpool di mana The Reds akan menerima kunjungan Everton dalam saingan Piala FA pusingan ketiga esok.
Salah, penjaring terbanyak Liverpool dengan 23 gol setakat ini terlepas perlawanan Isnin lalu menentang Burnley akibat mengalami kecederaan dan pengurus Jurgen Klopp (gambar) telah mengesahkan bahawa penyerang Mesir itu belum tentu beraksi.
Sementara itu, Klopp gembira untuk pemain antarabangsa Mesir dan penyerang Senegal Sadio Mane yang berlepas ke Ghana untuk menghadiri majlis anugerah yang berlangsung kelmarin.
Kedua-dua pemain itu tersenarai dalam senarai pendek bagi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Afrika dan Klopp berkata ia adalah sangat penting untuk mereka menghadiri majlis itu walaupun hampir dengan perlawanan menentang Everton. (Klik di sini untuk berita lanjut)