Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Klopp harap Liverpool ambil iktibar

    LONDON, 27 JAN – Jurgen Klopp menggesa Liverpool untuk mengambil iktibar daripada kekalahan kepada Brighton pada pusingan keempat Piala FA.

    Klopp menyifatkan kekalahan 3-0 Liverpool di Brighton awal bulan ini sebagai prestasi terburuk dalam karier pengurusannya.

    Pemenang Piala FA mempunyai peluang segera untuk menebus persembahan yang tidak bermaya itu apabila mereka kembali ke Stadium Amex pada Ahad nanti.

    Liverpool tidak mempunyai semangat dan tujuan semasa perlawanan Brighton, membuat mereka merosot di tempat kesembilan dalam Liga Perdana.

    Tetapi Klopp percaya pemainnya memahami apa yang berlaku dan akan membetulkan isu dalam pertemuan terbaru mereka dengan pasukan Roberto De Zerbi.

    “Sudah tentu kami mengadakan perbincangan selepas perlawanan Brighton. Kami perlu menukar teknik dan kami akan melakukannya. Beberapa hari kemudian kami menentang Wolves dan kami kelihatan pasukan yang berbeza,” kata Klopp kepada pemberita hari ini.

    “Saya melakukan perbincangan dengan menunjukkan semua situasi buruk dari perlawanan Brighton, ia akan menjadi pelajaran dan kami sudah menilainya.

    Klopp telah cuba menghidupkan semula bahagian tengahnya yang lemah sejak kekalahan Brighton.– AFP

    Jurgen Klopp melambai selepas perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Chelsea di stadium Anfield di Liverpool, England, 21 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...