Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Klopp harap Reds pamer konsistensi

    LIVERPOOL, 13 April – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berharap sifat tidak konsisten pasukannya sudah menjadi masa lalu apabila mereka mahu memastikan slot Eropah dengan perlawanan menentang Bournemouth di laman sendiri hujung minggu ini.

    Kemenangan akan meletakkan pasukan kendalian Klopp selangkah lagi untuk kembali ke saingan Liga Juara-Juara pada musim depan, sehari selepas kelab itu menempah tiket ke separuh akhir untuk kali pertama selepas sedekad.

    Juara Eropah sebanyak lima kali itu menewaskan pendahulu Liga Perdana, Manchester City 5-1 secara agregat dalam aksi timbal balik di suku akhir Liga Juara-Juara.

    Liverpool kini mempunyai kelebihan 10 mata di depan Chelsea, yang menduduki tempat kelima dalam perebutan untuk menduduki tempat keempat selepas hanya tewas dua kali daripada 24 perlawanan liga.

    Reaksi Jurgen Klopp selepas kemenangan Liverpool ke atas Man City. – AFP

    Salah satu daripada kekalahan yang dialami adalah ketika tewas mengejut 0-1 di Swansea, hanya lapan hari selepas melakar kemenangan 4-3 ke atas City di Anfield. Oleh itu, Klopp enggan perkara sama berulang lagi.

    “Kami semakin matang. Setiap pemain sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan situasi seperti itu.

    “Jika anda menilai perkara yang buruk mengenai kami beberapa bulan lalu, pada hari yang baik kami mampu menewaskan mana-mana pasukan tetapi ketika hari yang teruk, kami tewas dengan melepaskan gol mudah.

    “Kami cuba memperbaikinya. Kami masih dalam fasa pembangunan, itulah hakikatnya tetapi kami memang sebuah pasukan yang bagus.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda