Klopp jangka pertarungan hebat musim depan

LONDON, 27 JULAI – Jurgen Klopp menjangkakan juara itu akan menghadapi pertarungan yang lebih sukar untuk mengekalkan trofi musim depan.

Pasukan Klopp berjaya merangkul gelaran EPL pertama mereka selama 30 tahun dengan kempen dominan yang menjadikan pesaing mereka jauh ketinggalan.

Liverpool merangkul gelaran liga dengan berbaki tujuh perlawanan dan menamatkan musim dengan 18 mata berada di atas Manchester City yang berada di tempat kedua.

The Reds yang luar biasa memaksa City menyerahkan gelaran mereka menangi selama dua tahun terakhir, di bawah Pep Guardiola.

Dengan Liverpool juga pernah memenangi Liga Juara-Juara pada musim 2018-19 dan Piala Dunia Kelab pada bulan Disember lalu, percaya bahawa kelab Anfield menjadi juara era kegemilangan. Segala-galanya ada untuk Liverpool memenangi gelaran berturut-turut untuk pertama kalinya sejak 1984, dengan Klopp menandatangani kontrak jangka panjang dan bintang utama seperti Virgil van Dijk, Sadio Mane, Mohamed Salah dan Jordan Henderson semuanya berada di kedudukan terbaik.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berdiri di atas padang ketika pasukannya melakukan pemanasan badan sebelum perlawanan menentang Newcastle di Stadium St. James ‘Park, England, semalam. – AP

Liverpool juga mempunyai pemain muda baharu yang mampu memperkuatkan lagi skuad Klopp musim depan.

Tetapi pengurus dari Jerman itu menegaskan Liverpool tidak akan mensia-siakan peluang ketika kempen 2020-21 bermula kerana dia menjangkakan City terus memberi cabaran yang lebih kuat, begitu juga dari Manchester United dan Chelsea.

“Apa pun yang orang katakan, itu tidak penting untuk musim depan kerana sudah pasti kami harus bersedia,” kata Klopp.

“Selama dua tahun terakhir, kedudukan teratas hanya City dan kami, seterusnya City selama empat atau lima tahun sebelum itu.”

City jelas akan merebut kembali gelaran mereka. Mereka mencatatkan jumlah 100 mata di EPL pada 2018, tidak dapat ditandingi Liverpool musim ini. – AFP