Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Klopp lanjut kontrak hingga 2026

    ISTANBUL, 29 APRIL – Pengurus Jerman Jurgen Klopp menandatangani kontrak baharu yang akan mengekalkannya bersama pasukan Liverpool hingga 2026, umum kelab Inggeris itu pada Khamis.

    “Kami akan kekal untuk tempoh dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun mulai sekarang. Wow. Itu suatu tempoh yang lama bagi arena bola sepak.

    “Terdapat banyak perkataan yang boleh saya gunakan untuk menggambarkan perasaan saya tentang berita ini… gembira, rendah diri, diberkati, istimewa dan teruja,” kata Klopp selepas menandatangani kontrak.

    Penolong jurulatih Pepijn Lijnders dan Peter Krawietz turut menyertai Klopp menandatangani perjanjian baharu dengan kelab itu. Klopp, mengendalikan pasukan itu sejak 2015, mengetuai The Reds merangkul kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh tiga dekad pada 2020. – Bernama

    Pengurus Jerman, Jurgen Klopp akan bersama pasukan Liverpool hingga tahun 2026. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...