LIVERPOOL, 9 Jan – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah mempertahankan keputusannya untuk menurunkan barisan yang kurang berpengalaman selepas pasukannya diikat 0-0 oleh Plymouth Argyle dalam pusingan ketiga Piala FA.
Klopp telah menurunkan kesebelasan termuda dalam sejarah Liverpool dengan purata umur 21 tahun dan 296 hari menentang pasukan liga bawahan.
The Reds gagal menembusi kekentalan dan keazaman Plymouth, dan kini mereka berdepan dengan prospek sukar dalam perlawanan ulangan di laman Plymouth dalam tempoh 10 hari.

“Saya tidak fikir barisan pemain adalah satu kesilapan, tetapi anda boleh menganggapnya begitu jika anda mahu,” kata Klopp kepada para wartawan selepas perlawanan.
“Jika anda mahu menganggapnya tidak baik, jadi saya 100 peratus bertanggungjawab. Saya tidak mempunyai masalah dengannya. Saya juga menerimanya jika kami bermain dengan kesebelasan utama sebenar.
“Kesemua pemain berhak mendapat peluang bermain. – AFP