LONDON, 25 Sept – Liverpool memasuki perlawanan kedua kempen Liga Juara-Juara mereka dengan kunjungan ke Spartak Moscow pagi Rabuini dengan pengurus Jurgen Klopp berada di bawah tekanan untuk menyelesaikan masalah kronik pertahanan mereka.
Liverpool mengakhiri empat perlawanan tanpa menang dengan meraih tiga mata penuh dalam kemenangan 3-2 di Leicester City hujung minggu lalu, tetapi mereka telah dibolosi 10 gol dalam tiga perlawanan Liga Perdana berturut-turut buat pertama kali dalam sejarah 25 tahun kejohanan itu.
Pasukan kendalian Klopp hanya mempunyai dua perlawanan tanpa bolos daripada 10 perlawanan musim ini dan dia mengakui selepas kekalahan 2-0 di Leicester City dalam Piala Liga bahawa dia ‘sangat serik’ dengan melepaskan gol mudah.
Diikat seri 2-2 Sevilla dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara dua minggu lalu, Liverpool gagal menghasilkan perlawanan tanpa bolos dalam 11 daripada 12 perlawanan terakhir dalam kejohanan itu.
Tetapi meskipun dengan semua masalah pertahanan, Klopp keberatan untuk mengakui bahawa dia mempunyai masalah besar di tangannya.
Ditanya mengenai kesukaran pasukannya di barisan pertahanan merujuk bagi perlawanan mereka di Leicester, dia memprotes: “Ia kedengaran seperti kami tidak mendapat sebarang mata dan pasukan paling teruk dalam liga.”
Klopp menambah selagi pasukannya mampu menjaringkan gol di gawang lawan, dia tidak perlu begitu bimbang mengenai apa yang terjadi dalam kawasan penalti sendiri. – AFP