Klopp tekankan kepentingan vaksin

LIVERPOOL, 3 OKT – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata orang ramai perlu mendapatkan vaksin untuk melawan koronavirus atas sebab yang sama mereka tidak dibenarkan untuk minum sambil memandu, selepas dia mendedahkan pasukannya ’99 peratus’ sudah divaksin.

Pengambilan vaksin sudah diagihkan antara atlet elit, dengan laporan minggu lepas mencadangkan hanya tujuh daripada 20 kelab Liga Perdana Inggeris mempunyai 50 peratus status vaksinasi pasukan mereka.

Klopp berkata itu bukan menjadi satu permasalahan di Liverpool, di mana dia tidak perlu mengarahkan pemainnya untuk disuntik vaksin.

“Saya boleh katakan 99 peratus daripada kami sudah di vaksin,” kata Klopp.

“Saya tidak perlu arahkan pemain saya, ia lebih kepada keputusan masing-masing. Saya tidak ingat pernah berbincang dengan pemain dan menerangkan kenapa dia perlu ambil vaksin sebab saya bukan doktor.”

Dan dia menghulurkan analogi kepada mereka yang tidak ingin di vaksin atas sebab peribadi.

“Ia lebih kurang seperti memandu ketika mabuk. Kita mungkin pernah menghadapi satu situasi di mana kita telah minum dan menyangka kita masih mampu untuk memandu, tetapi di bawah undang-undang kita tidak dibenarkan untuk memandu.”

“Undang-undang tersebut diadakan bukan hanya untuk melindungi saya tetapi untuk melindungi semua orang daripada kemalangan,” katanya. – AFP