Klopp: Terus beri sokongan dari rumah

LONDON, 17 JUN – Jurgen Klopp memberitahu kepada penyokong Liverpool untuk terus menyokong pasukannya dalam memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dari rumah ketika pemimpin liga itu bersiap sedia untuk kembali semula musim ini.

Pasukan Klopp hanya memerlukan dua kemenangan sahaja lagi untuk memenangi gelaran EPL pertama Liverpool dalam 30 tahun ketika wabak COVID-19 memaksa penangguhan musim ini pada bulan Mac lalu.

Liverpool akhirnya akan kembali beraksi Ahad ini menghadapi perlawanan Merseyside, menentang Everton di Stadium Goodison Park, di mana perlawanan itu juga dapat menentukan mereka sebagai juara, sekiranya Manchester City yang berada di tempat kedua tewas di tangan Arsenal esok, maka Liverpool hanya perlu mengalahkan Everton untuk mendapatkan gelaran liga ke-19 kelab itu dengan berbaki lapan perlawanan lagi.

Menyedari peminat tetap bersemangat untuk meraikan kemenangan mereka yang telah lama ditunggu-tunggu, pengurus Liverpool, Klopp telah meminta para peminat untuk tidak melanggar peraturan seperti melakukan penjarakan sosial dengan tidak berkumpul di luar Stadium Goodison Park atau Anfield.

“Ini masih bola sepak dan masih untuk anda. Itu bererti kami akan berada di stadium dan anda akan berada di rumah,” kata Klopp dalam satu pesanan video di laman web Liverpool semalam.

Reaksi pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pada perlawanan yang lalu. Pasukan Klopp, Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan sahaja lagi untuk memenangi gelaran EPL pertama Liverpool dalam tempoh 30 tahun. – AP

“Saya dapat berjanji kepada anda, kami akan dapat merasa sokongan anda semua. Saya akan membuat skuad saya merasakan sokongan anda.

Kami akan menggunakan sokongan anda itu, anda merupakan 80 atau 90 peratus seperti minyak untuk tangki kami.

“Kami benar-benar akan menggunakannya dan kami memerlukannya. Tetapi, yang paling penting jaga diri, sokong kami dari rumah.”

Klopp, yang menyambut ulang tahunnya yang ke-53 kelmarin, mengakui penangguhan bola sepak selama tiga bulan membuat dia tertunggu-tunggu untuk mengetahui apakah pasukannya akan dapat peluang untuk memenangi gelaran liga pertama mereka sejak tahun 1990.

“Ada kalanya kami tidak tahu dan tidak pasti apakah kami akan bermain lagi musim ini,” katanya.

“Terdapat khabar angin mengenai ia dibatalkan dan sekarang kami berdiri di sini dengan beberapa hari sebelum liga akan kembali. – AFP