LONDON, 14 Sept – Jurgen Klopp berkata pasaran perpindahan bukanlah penyelesaian ajaib kepada isu pertahanan Liverpool selepas masalah serupa kembali menghantui pasukannya dalam aksi kembali ke Liga Juara-Juara menentang Sevilla.
Kesilapan Dejan Lovren membolehkan Wissam Ben Yedder membuka jaringan di Anfield tetapi gol-gol Roberti Firmino, yang juga terlepas sepakan penalti, dan Mohamed Salah kelihatannya memberikan pasukan tuan rumah kawalan.
Bagaimanapun, dengan perlawanan berbaki 18 minit pertahanan terleka dan Joaquin Correa menyamakan kedudukan. Melengkapkan kekecewaan Liverpool, Joe Gomez telah diarahkan keluar padang di masa kecederaan selepas menerima kad kuning kedua.
Reds, yang tewas 5-0 kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana hujung minggu lalu, dikaitkan dengan pemain pertahanan Southampton, Virgil van Dijk pada musim panas, tetapi secara terbukanya menarik balik minat mereka selepas beberapa pertelagahan.

Dengan Saints menolak untuk menjual dalam apa sahaja harga pun, ia adalah kawasan di mana pasukan serba kekurangan, bukan buat pertama kali musim ini, menjejaskan mereka ketika Sevilla menjaringkan dua gol dari dua percubaan ke sasaran.
“Saya tahu anda selalu mencari perkara ini, pertahanan selalu memperkatakan mengenainya: ‘Kami tidak menandatangani itu atau ini’,” kata Klopp, yang mana pasukannya kembali ke Liga Juara-Juara selepas ketiadaan selama dua musim.
“Jika masalah ini mampu diselesaikan oleh seorang pemain, anda boleh bayangkan kami akan menaruh semua wang kami dan berkat: ‘Mari lakukannya’.”
Klopp berkata masih ada ruang untuk diperbaiki dan para pemainnya perlu belajar untuk mendominasi perlawanan dan tidak melepaskan gol mudah. – AFP