Klopp yakin The Reds kembali bangkit

LONDON, 3 MAC – Jurgen Klopp mendedahkan dia enggan mengulas kekecewaan dari bintang Liverpool selepas mengalami kekalahan pertama mereka di Liga Perdana musim ini menentang Watford.

Kekalahan 3-0 Sabtu lalu di Stadium Vicarage Road mengakhiri 44 perlawanan Liverpool tanpa kalah dalam menerajui kedudukan liga dan menghalang The Reds mencipta rekod baharu di Liga Perdana dengan 19 kemenangan berturut-turut.

Tetapi, bukan menyalahkan pemainnya selepas persembahan buruk dalam kurang dari satu tahun, Klopp merenung kembali di mana mereka melakukan kesilapan selepas melihat semula ulangan perlawanan itu ketika di rumah.

Ulasan tenang dari Klopp merupakan tanda penghormatan kepadanya sebagai juara dunia dan Eropah yang telah dicapai sepanjang tahun lalu.

Klopp berkata dia akan menjadi ‘kurang bernas’ jika dia kini meragui pasukannya yang memiliki kelebihan 22 mata di puncak Liga Perdana.

Reaksi Jurgen Klopp ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Watford dan Liverpool di Stadium Vicarage Road, Watford, England, pada 29 Februari lalu. – AP

“Ia boleh berlaku membuat saya marah dengan pemain, tetapi saya tidak marah dengan pemain dalam pertemuan itu,” katanya.

“Dari sudut pandangan umum, jika saya pergi dalam pertemuan itu dan menjerit kepada mereka seperti mereka telah kalah 10 perlawanan berturut-turut kerana sikap yang buruk, itu akan menjadi sangat pelik.

“Saya tidak berminat selepas mesyuarat itu, saya berasa lebih baik. Saya berminat pasukan saya mendapatkan maklumat yang tepat dan lebih emosi, saya tidak akan marah.

Klopp menjangkakan Liverpool akan kembali bangkit selepas kekalahan di Watford apabila mereka bertemu Chelsea dalam pusingan kelima Piala FA esuk.

“Sudah tentu, mereka mahu menyerang kembali, ini adalah kumpulan pemain yang luar biasa. Keadaan kami sangat istimewa,” katanya. – AFP