Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Kluster baharu di Labuan babit 1 kes Omicron

    LABUAN, 5 JAN – Satu kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Jalan OKK Awang Besar Saudi telah dikesan di pulau bebas cukai ini dalam masa 24 jam, melibatkan 13 kes termasuk satu kes varian Omicron.

    Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata kluster itu dicetuskan oleh jemaah umrah yang pulang ke pulau ini pada 21 Disember dan telah berinteraksi dengan beberapa orang anggota keluarga serta individu lain.

    Jalan OKK Awang Besar terletak di pusat bandar Labuan.

    Beliau berkata pesakit varian Omicron itu kini menjalani kuarantin di pusat kuarantin.

    “Pesakit ini telah dikesan positif varian Omicron selepas kembali daripada mengerjakan umrah pada 21 Disember dan beliau tidak menunjukkan sebarang simptom,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Dr Ismuni berkata pengesanan kontak rapat 13 pesakit terbabit kini sedang dilakukan dan seorang daripada mereka difahamkan telah pergi ke jualan gerai Tahun Baharu di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa baru-baru ini.

    Labuan merekodkan dua digit kes COVID-19 iaitu 15 kes pada 2 Januari, sebelum turun ke dua kes sahaja pada keesokan harinya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...