Kluster baharu dikesan di utara China

BEIJING, 24 JAN – Sebuah bandar di China kini menyediakan 2,600 bilik rawatan sementara ketika utara negara itu bergelut menangani kemunculan kluster baharu.

Bilik rawatan di bandar Nangong di wilayah Hebei di luar Beijing itu, masing-masing dilengkapi dengan pemanas, tandas, pancuran mandian dan kemudahan lain, lapor Agensi Berita Xinhua. Perhatian khusus diberikan kepada Hebei kerana jaraknya yang dekat dengan ibu kota dan wilayah ini telah menutup sebahagian kawasan untuk mencegah penyebaran virus daripada terus berleluasa.

Ibu kota wilayah Shijiazhung dan kota Xingtai, yang merangkumi Nangong, sebahagian besarnya ditutup. Pengasingan diri dan ujian berskala besar juga telah dilaksanakan. – AP