Kluster kelab malam punca lonjakan jangkitan virus

SEOUL, 11 MEI – Korea Selatan mengumumkan jumlah lonjakan besar dalam jangkitan koronavirus dalam lebih dari sebulan hari ini telah dipacu oleh kluster kelab malam Seoul dan memaksa pihak berkuasa untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada minggu ini.

Korea Selatan adalah model global dalam usaha membendung wabak itu, namun hujung minggu lalu, ibu kotanya dan wilayah Gyeonggi yang berdekatan serta Incheon mengarahkan penutupan semua kelab dan bar selepas ledakan kes baharu mencetuskan kebimbangan gelombang kedua.

Pihak berkuasa bergelut untuk menjejaki ribuan orang yang mengunjungi pusat hiburan di daerah Itaewon.

Ramai pengunjung dipercayai enggan menyerah diri kerana stigma menyelubungi homoseksualiti.

Para pegawai Korea Selatan melaporkan 35 kes baharu hari ini, membawa jumlahnya kepada 10,909, selepas merekodkan kenaikan satu angka selama lapan daripada 12 hari sebelumnya, iaitu daripada mereka yang tiba dari luar negara.

Bagaimanapun pada tengah hari ini, Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KCDC) berkata, sebanyak 86 kes baharu dicatatkan, dikaitkan dengan kluster hiburan malam. – AFP