Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kluster Maritim Brunei dilancar

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Kluster Maritim Brunei Darussalam (BDMC) telah dilancarkan yang ditandakan dengan Majlis Penandatanganan Kontrak bagi Projek Kawasan Penyahtauliahan dan Penyelenggaraan Marin Bersepadu yang berlangsung di Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, hari ini.

    Penandatanganan kontrak itu adalah bagi projek melabur, membangun, mengendalikan dan menyelenggarakan kawasan bersepadu berkenaan yang akan bertindak sebagai kemudahan sauh bagi memangkinkan pembangunan BDMC.

    Hadir menyaksikan penandatanganan kontrak ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB).

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Jabatan Tenaga di JPM, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Haji Sokiaw; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Haji Khairuddin bin Haji

    Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, pegawai-pegawai kanan dan jemputan khas.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bersama-sama melancarkan pameran Kawasan Penyahtauliahan dan Penyelenggaraan Marin Bersepadu di Brunei Darussalam.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyaksikan penandatanganan Perjan-jian Pajakan dan Projek antara BEDB dengan Anson International.

    Majlis dimulakan dengan penandatanganan empat perjanjian projek iaitu Perjanjian Pelaksanaan antara Anson International Sdn Bhd dan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi; Perjanjian Pajakan dan Projek antara BEDB dan Anson International; serta Perjanjian Komitmen Penyelenggaraan Limbungan Marin dan Komitmen Limbungan Penyahtauliahan antara Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dan Anson International.

    Menandatangani bagi pihak Kemen-terian Kewangan dan Ekonomi ialah Setiausaha Tetap (Ekonomi), Dr Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin, bagi BEDB ialah Penolong Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pusat Sokongan dan Tindakan FDI BEDB,

    Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim, bagi pihak BSP ialah Pengarah Kewangan, Robert Willem Van Velden manakala itu, Anson International Sdn Bhd diwakili oleh Haji Musa bin Haji Adnin.

    Anson International merupakan syarikat khas bagi mengendalikan pelaksanaan projek kawasan bersepadu di mana pelabur pengasas

    bagi projek itu ialah Haji Adinin and Sons Sdn Bhd melalui Qaswa Holding Sdn Bhd, Strategic Development Capital Fund, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dongil Shipyard Co Ltd, Republik Korea serta CessCon Decom Ltd, United Kingdom.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew serta jemputan khas juga menyaksikan pameran.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...