Kluster Sivagangga catat 12 kes baharu

KUALA LUMPUR, 7 OGOS – Kluster PUI Sivagangga di Kedah hari ini mencatatkan 12 kes baharu termasuk 10 di Perlis dan satu di Pulau Pinang, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Satu lagi kes dilaporkan di Kedah. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes daripada kluster itu sebanyak 43 kes setakat ini, iaitu 31 di Kedah, 11 di Perlis dan satu kes di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau berkata keseluruhannya sebanyak 25 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini,  menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 9,063 kes sementara jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 210 kes. – Bernama