Kluster virus baharu ditemui di gudang Itali

ROM, 25 JUN – Satu kluster kes koronavirus baharu telah muncul di sebuah gudang di bandar Itali Bologna yang digunakan oleh perkhidmatan kiriman cepat Bartolini, lapor akhbar tempatan hari ini. Syarikat itu menemui 44 kes asimptomatik, termasuk dua pemandu, selepas menguji kese-mua pekerja di gudang di utara Itali berikutan penemuan dua kakitangan yang dijangkiti virus, kata akhbar Resto del Carlino.

Bartolini (BRT) telah menutup gudang itu walaupun penghantaran masih diteruskan. Ia dijangka menguji semua kakitangan yang mempunyai kontak dengan mereka yang dijangkiti virus, kata akhbar. Sepuluh saintis di Itali semalam mengeluarkan satu kenyataan bersama mengisytiharkan kecemasan koronavirus sudah ‘berakhir.’ – AFP