Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    KM Sabah serah 158 ekor lembu korban sempena Aidiladha

    TUARAN, 8 JULAI – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menyampaikan 158 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut Ahad ini kepada 51 wakil masjid dan surau dalam Parlimen Tuaran.

    Sumbangan lembu korban itu turut disampaikan kepada wakil pasukan keselamatan di Sabah termasuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan; Kem Lok Kawi; Akademi Bomba dan Penyelamat Tuaran; Tentera Laut Diraja Malaysia, Sepanggar; Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia Sabah; dan Balai Polis Tuaran.

    Majlis penyerahan itu diadakan di perkarangan Masjid Haji Noor, Kampung Serusup, dekat sini, hari ini.

    Bercakap kepada pemberita selepas itu, Hajiji berkata sumbangan lembu korban itu diharap dapat memeriahkan sambutan Aidiladha tahun ini dan umat Islam di Sabah khususnya di Tuaran dapat bersama melaksanakan ibadah korban.

    “Ibadah korban ini mempunyai sejarah dan signifikan amat besar kepada penganut agama Islam untuk kita berkorban dan membantu mereka yang kurang berkemampuan,” katanya. – Bernama

    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menunjukkan lembu korban yang akan diserahkan kepada masjid dan surau dalam kawasan Parlimen Tuaran sempena sambutan perayaan Aidiladha di Masjid Hajiji Noor Kampung Serusup,Tuaran kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...