Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Knack kembali dengan cabaran baru

    TERBENTUK daripada partikel yang kecil termasuk kiub persegi, sfera dan juga piramid menjadi penggerak kepada karakter utama bernama Knack yang mula menemui dan menjadi hiburan kepada pemain pada sekitar tahun 2013.

    Rentetatan daripada kejayaan permainan video yang bertema aksi itu telah membuatkan SIE Japan Studio kembali untuk mengembangkan kisah dalam permainan video itu ke sekuel keduanya yang diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment.

    Kembali beraksi demi mencapai keamanan

    Ternyata perspektif yang beranggapan bahawa dunia kekal merasakan keamanan secara berpanjangan selepas Knack berjaya menewaskan tentera goblin diketuai oleh Gundahar yang mencetuskan keadaan huru-hara pada dunia adalah jelas meleset.

    Ini kerana tentera Goblins kini kembali bangkit bersama dengan raksasa baru yang lebih kuat di mana mereka berusaha untuk mencetuskan suasana huru-hara di muka bumi ini bermula di bandar Newhaven.

    Pemain harus bijak dalam mengembalikan keamanan setelah goblins melancarkan serangan.
    Knack kembali untuk melaksanakan misi keamanan.

    Lalu, ia menjadi satu tanggungjawab Knack untuk kembali menentang goblins yang lebih kuat dan mencabar sekali gus merentasi 15 buah bandar dan mengembalikan keamanan di bandar-bandar tersebut.

    Seni grafik yang ditampilkan di dalam permainan video ini jelas dipertingkatkan sekali gus memperlihatkan video sinematografi yang moden dan menarik.

    Bijak atur strategi

    Dalam permainan video ini, Knack memiliki pelbagai kemahiran demi mempertahankan dirinya seperti menendang dan menumbuk sebarang musuh yang cuba untuk menghalangnya daripada merealisasikan misinya.

    Bagi yang pernah bermain siri Knack yang pertama setentunya mengetahui bahawa karakter tersebut juga berupaya untuk membesarkan dan mengecilkan tubuhnya bergantung kepada misi yang cuba untuk diselesaikannya.

    Ketika berada di tempat yang kecil dan agak terhad, pemain boleh memilih untuk mengecilkan karakter yang dikawal.

    Seperkara yang pemain harus ingati adalah ketika tubuh karakter dalam keadaan kecil setentunya kuasanya juga berada dalam keadaan lemah dan pemain harus bijak mengatur strategi untuk berusaha sebaik mungkin mengelakkan serangan pihak musuh yang boleh memberikan risiko untuk menggagalkan karakter yang dimainkan untuk terus menyempurnakan misinya.

    Pemain juga berupaya untuk mengawal kenderaan dalam Knack 2.

    Kuasa yang dimiliki oleh Knack akan terus berkembang sesuai mengikut arus kembara perjalanan yang dilalui dalam permainan ini.

    Ketika Knack berjaya untuk mengawal kuasa yang hebat, setentunya karakter itu juga akan berupaya untuk melancarkan kuasa kombo ketika berhadapan dengan pihak musuh di mana ia boleh meningkatkan kesan serangan yang diterima dan memudahkan lagi pemain untuk menyempurnakan misi yang dilaksanakan.

    Di samping itu, Knack juga berupaya untuk mengembangkan tubuhnya sehingga mengikut kebesaran maksimum yang mencapai sehingga 30 kaki tinggi sekali gus berupaya menentang pihak musuh dengan lebih mudah.

    Terdapat beberapa puzzle dan cabaran minda yang perlu diselesaikan oleh para pemain sebelum berpeluang untuk meneruskan sebarang kembara yang dilalui.

    Bagi meningkatkan lagi tahap keseronokan ketika bermain permainan ini pemain juga berpeluang untuk menaiki kenderaan istimewa yang disediakan sambil menentang pihak musuh.

    Melalui kembara yang mencabar ini, pemain juga harus mengumpulkan Relic Energy yang ditemui di mana ia berupaya untuk menambahkan karakter Knack sambil meningkatkan lagi kemahiran untuk menentang pihak musuh.

    Justeru, sekiranya pemain teruja untuk melalui sendiri kembara yang cukup mencabar dan menghiburkan ini jangan terlepas untuk mengalaminya sendiri dalam Knack 2 yang dikeluarkan untuk pelantar Playstation 4.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda