Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ko berjaya raih trofi LPGA selepas tewaskan Kang

    MIAMI, 31 JAN – Pemain nombor tiga dunia, Lydia Ko kekal tenang ketika berdepan dengan pencabar hebat Danielle Kang kelmarin, membuat pukulan tiga-bawah par 67 untuk memenangi LPGA Boca Rio mendahului dengan satu pukulan.

    Pemain dari New Zealand, Ko memulakan perlawanan tersebut dengan dua pukulan mendahului ke atas pemain Amerika Syarikat, Kang yang berusaha bangkit semula selepas memenangi Kejohanan Juara-Juara LPGA di Orlando minggu lalu.

    Kang dengan segera menguasai padang dengan pukulan birdie pada lubang pertama dan ketiga manakala Ko membuat pukulan birdie di lubang pertama dan bogey di lubang kedua di resort Boca Raton, Florida.

    Selepas membuat birdie pada lubang ke-11, Kang mendahului dengan birdie pada lubang ke-12, tetapi dia membuat bogey pada lubang ke-13 dan apabila Ko juga membuat birdie 15 yang membuatkan dia mendahului di tempat pertama.

    Kedua-duanya melakukan birdie dari sisi bunker green dan ketika di lubang ke-18, Ko mendahului dengan satu pukulan.

    Dia menemukan kedua-dua fairway bunker dan sisi bunker green, tetapi meledakkan sejauh satu kaki untuk menyelamatkan par kerana Kang tidak dapat membuat percubaan birdie jarak pertengahannya.

    Walaupun suasana yang cerah dan panas semasa kejohanan tersebut berlangsung berbanding musim sejuk yang melanda pada Sabtu lalu, Ko mengakui pusingan itu adalah “mengerikan.” – AFP

    Reaksi Lydia Ko bergambar bersama trofi selepas memenangi Gainbridge LPGA 2022 di Kelab Golf Boca Rio, 30 Januari di Boca Raton, Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...