Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ko Jin Young alami kecederaan

    LOS ANGELES, 15 SEPT – Pemain nombor satu dunia Ko Jin-young tidak dapat mempertahankan kejuaraan Portland Classic minggu ini selepas mengalami kecederaan pergelangan tangan, tetapi berharap dapat kembali bulan depan di Korea Selatan.

    “Jin-young akan berehat dalam beberapa minggu akan datang selepas mendapat nasihat pakar perubatan mengenai pergelangan tangannya disebabkan terlalu banyak bekerja,” menurut kenyataan pengurusan pasukan Ko.

    “Dia berharap dapat kembali beraksi di Kejohanan Wanita BMW.”

    Ini bermakna Ko juga terlepas peluang untuk mempertahankan gelaran Jelajah LPGA Ascendant di Texas dalam masa dua minggu tetapi dijangka kembali menyertai kejohanan BMW di egaranya, di mana dia adalah juara bertahan kejohanan yang berlangsung pada 20-23 Oktober.

    Kemenangan akan meletakkan Ko dalam kedudukan selesa untuk mengekalkan gelarannya dalam Kejohanan Jelajah akhir musim pada 17-20 November di Naples, Florida.

    Ko memenangi gelaran Portland tahun lalu hasil empat pukulan daripada rakan senegara Lee Jeong-eun apabila ribut memendekkan acara itu kepada 54 lubang.

    Musim ini, Ko menang pada Mac di Singapura dan mempunyai tiga penamat lima teratas tetapi dia terlepas peluang dalam dua acara terbaharunya, Terbuka British Wanita dan Terbuka Kanada.

    Selepas ia diadakan tahun lepas di Kelab Golf Oregon berdekatan, Portland Classic kembali ke padang lama di Columbia Edgewater Country Club.

    Portland ialah hentian LPGA bukan utama yang paling lama bertahan, yang pertama kali diadakan pada tahun 1972. – AFP

    Ko Jin Young dari Korea Selatan berdiri di bawah payung pada tee keempat semasa pusingan pertama Kejohanan PGA Wanita KPMG di Congressional Country Club di Bethesda, Maryland, pada 23 Jun lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...