Ko juara Kejuaraan Jelajah LPGA

MIAMI, 21 DIS – Pemain nombor satu dunia, Ko Jin-young berjaya mengetepikan pemain ranking nombor dua, Kim Sei-young dengan lima pukulan birdie pada sembilan lubang kelmarin untuk menjuarai Kejuaraan Jelajah LPGA dengan kelebihan lima pukulan.

Ko, yang bermain dalam acara LPGA keempat selepas musim yang terganggu akibat pandemik, layak beraksi pada saat akhir ke kejohanan berkenaan selepas berkongsi kedudukan tempat kedua Terbuka Amerika Syarikat.

Tetapi pemain kelahiran Korea Selatan berusia 25 tahun itu merebut peluang yang ada, membuat pukulan tujuh birdie dalam enam bawah par 66 di Kelab Golf Tiburon di Naples, Florida. Dia membuat birdie terakhir pada lubang ke-72 dengan mengumpul 18 bawah 270 dan kemenangan meyakinkan ke atas Kim dan pemain Australia, Hannah Green, yang berkongsi kedudukan kedua dengan 275.

Hadiah kemenangan AS$1.1 juta dikurangkan dari AS$1.5 juta tahun lalu namun tetap menjadi kemenangan terbesar golf wanita pada 2020 – meletakkan Ko di kedudukan teratas senarai tahun ini. – AFP