Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Ko rangkul gelaran LPGA

    LOS ANGELES, 25 MAC – Pemain nombor satu dunia Ko Jin-young (gambar) dari Korea Selatan membenam tujuh-di bawah-par 65 untuk merebut pendahuluan satu strok selepas pusingan pertama LPGA JTBC Classic semalam.

    Merangkul gelaran LPGA ke-13 dalam kariernya tiga minggu lalu di Singapura, Ko menamatkan saingan dengan tiga birdie berturut-turut untuk merebut tempat teratas selepas 18 lubang di Kelab Golf Aviara di Carlsbad, California.

    Ko, dengan ibu bapanya sedang melawat dan memasak makan malamnya setiap malam, melengkapkan pusingan LPGA bawah par ke-31 berturut-turut dan pusingan ke-16nya dalam 60.

    “Rasa teruja dapat meraih kejayaan satu langkah pada satu masa,” kata Ko. “Saya hanya berusaha mencecah 60 hari ini. Padang golf ini benar-benar sukar maka saya tidak menjangka saya akan melakukan banyak pukulan di padang ini, tetapi saya berjaya melakukannya.”

    Pemain Denmark Nanna Koerstz Madsen menduduki tempat kedua di 66 dengan pemain Amerika Cheyenne Knight, pemain Scotland Gemma Dryburg dan pemain Korea Selatan Choi Hye-jin di 67.

    Ko, yang bermula di belakang lubang kesembilan, membenam birdie par-4 di lubang ke-12, dan par 4 di lubang ke-16, seterusnya mencatat enam par berturut-turut sebelum birdie di par 5 lubang kelima dan tiga berturut-turut di par 4 ketujuh, par 5 kelapan dan par kesembilan untuk menamatkan perlawanan di tempat teratas.

    “Permainan mental saya adalah kukuh sekarang,” kata Ko. “Saya boleh rasa ia semakin meningkat, sebelum Singapura. Saya mempunyai keyakinan.

    “Saya suka bermain golf sekarang. Saya benar-benar rasa seronok beraksi sekarang. Pukulan demi pukulan saya rasa yakin 100% dan saya boleh menumpu 100% untuk bola saya.” Ko memenangi dua gelaran major dan empat kemenangan LPGA pada keseluruhannya pada 2019 namun berkata dia masih belum mencatat prestasi terbaiknya.

    “Ia masih belum dicapai,” katanya. “Ia bakal dicapai tidak lama lagi. Malah tahun ini, saya perlu memenangi lebih banyak pertandingan dan saya mahu menang lebih banyak kejohanan. Namun saya perlu menumpu pada diri saya dan saya benar-benar ingin mendapatkan kemenangan.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...