Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Kod BruHealth pesakit COVID automatik tukar hijau hari ke-10

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Kod BruHealth individu yang dijangkit COVID akan bertukar menjadi warna hijau secara automatik pada hari ke-10 yang mana seperti peraturan Kementerian Kesihatan dalam tempoh tersebut, virus tersebut tidak lagi aktif dan ia tidak akan menjangkiti yang lain.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa menjawab persoalan berhubung dengan isu mereka yang dijangkiti di arah untuk membuat ujian PCR oleh majikan walaupun keputusan menggunakan ART diperoleh negatif setelah menamatkan tempoh kuarantin.

    Semasa menjawab pada sidang media yang berlangsung di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, mengenai keputusan yang diperoleh positif semasa membuat ujian PCR sedangkan semasa membuat ujian ART keputusan ada negatif, ini adalah disebabkan virus tersebut masih lagi berada di dalam badan tapi ianya tidak aktif dan tidak boleh menjangkiti lagi.

    Beliau seterusnya menjelaskan, ujian PCR berbeza dengan ujian ART kerana kit ART hanya untuk saringan saja dan tempoh pengasingan yang dilaksanakan di negara ini juga berbeza dengan negara-negara yang lain. Manakala bagi mereka yang telah membuat ujian ART dengan memperoleh keputusan yang bercanggah setelah beberapa kali ujian dibuat, disarankan untuk membuat ujian PCR untuk memastikan kedudukan mereka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...