Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kod merah kakitangan awam dipertimbangkan bekerja

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menegaskan mana-mana mereka yang positif COVID-19 adalah tidak dibenarkan untuk hadir bekerja.

    “Ini akan membahayakan dan satu kesalahan di bawah Undang-undang Akta Penyakit Berjangkit,” jelasnya semasa menjawab pertanyaan media mengenai adakah syarikat-syarikat dibenarkan untuk mengarahkan kakitangan mereka yang disahkan positif COVID-19 untuk datang bekerja.

    Yang Berhormat Dato turut mengatakan mungkin terdapat kekeliruan dalam kalangan pihak swasta, apa yang dibenarkan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk pihak kerajaan bagi mereka yang mempunyai kod BruHealth warna merah iaitu Primary Contact adalah mereka dibenarkan bekerja tapi mestilah membuat ujian ART setiap hari.

    Mereka yang positif mestilah membuat pengasingan di rumah dan jika kediaman tidak sesuai untuk menjalani pengasingan mereka haruslah memohon untuk menjalani pengasingan di mana-mana pusat pengasingan kerajaan.

    “Hal tersebut tidak ada kompromi, jika didapati ada pekerja atau majikan yang mempunyai kod BruHealth berwarna ungu bekerja, ianya boleh dilaporkan kepada pihak polis atau menghubungi 148,” tegasnya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...