Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Kod merah dibenar kerja perlu ada surat kebenaran

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Bagi kontak rapat yang diberikan kod merah yang dibenarkan untuk bekerja, khususnya bagi pekerja di sektor swasta, surat kebenaran daripada pihak majikan mereka adalah memadai untuk digunakan sebagai kebenaran melakukan perjalanan dari tempat tinggal mereka ke tempat kerja.

    Sekiranya terdapat sebarang sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis dan sebagainya, maka pekerja tersebut bolehlah memperlihatkan surat kebenaran perjalanan tersebut. Begitu juga halnya dengan kakitangan dan pegawai di sektor kerajaan.

    Perkara tersebut adalah antara yang dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku wakil Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan pada petang tadi.

    Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew juga turut mengingatkan bahawa surat kebenaran tersebut adalah hanya sah bagi perjalanan dari rumah ke tempat kerja mereka sahaja dan bukan bagi perjalanan ke tempat lain.

    Pekerja yang dibenarkan untuk bekerja adalah juga dimestikan untuk melakukan ujian ART pada setiap hari sebelum mereka melakukan perjalanan ke tempat kerja mereka, jelas Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...