Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kodaira juara Jelajah PGA AS

    WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS), 16 April – Satoshi Kodaira dari Jepun mencatatkan 24 foot birdie putt pada lubang ketiga persaingan playoff untuk menewaskan Kim Si-woo dari Korea Selatan dan memenangi pertandingan Heritage semalam bagi kemenangan pertamanya dalam Jelajah Persatuan Pemain Golf Profesional (PGA) AS.

    Pemain itu, 28, berasal dari Tokyo menang enam kali dalam Jelajah Jepun, terbaru pada Taiheiyo Masters pada November lalu, tetapi memenangi gelaran terbesar sepanjang kerjayanya dengan mencatatkan birdie pada par-3 lubang ke-17 di Harbor Town di Hilton Head, South Carolina.

    Pemain nombor 46 dunia, Kodaira beraksi dengan mainan terbaiknya dan merupakan keputusan jaringan terbaiknya di AS, dengan berkongsi kedudukan ke-28 pada Masters minggu lalu.

    Kodaira memenangi jaket yang diberikan kepada pemenang Heritage selain jaket hijau yang diberikan di Augusta.

    “Saya tidak akan memakainya secara kerap, tetapi ini adalah istimewa,” kata Kodaira menerusi seorang penterjemah.

    Kodaira juga gembira menerima kemunculan dalam Jelajah PGA AS dan beberapa jaminan penyertaan dalam pertandingan yang hadir dengan kemenangan sebagai ahli jelajah.

    “Ini adalah peringkat yang saya impikan dan mendapatkan peluang untuk beraksi sepenuhnya adalah satu impian yang menjadi kenyataan,” kata Kodaira.

    Kim dan Kodaira kedua-duanya menamatkan 72 lubang pada 12 bawah par 272, satu strok di depan Luke List dari AS dan Bryson DeChambeau de-ngan Billy Horschel dan Webb Simpson dengan 274.

    Kodaira dan Kim pemain ranking 51 memulakan dengan pertandingan playoff dengan mengulangi pertandingan lubang ke 18. keduanya mencatatkan par sebanyak dua kali ganda seperti yang mereka catatan pada pusingan akhir.

    Kodaira naik dan turun dari luar green dan mencatatkan lima footer bagi par pada lubang playoff kedua untuk melanjutkan pertandingan playoff.

    “Saya tidak merasa gentar pada putt terakhir berbanding dua putt pertama di lubang ke 18,” kata Kodaira. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda